Hujah yang mengharuskan Sistem_Percukaian_Dalam_Islam

1) Pada zaman Saidina Umar Al-Khattab, beliau telah memperkenalkan cukai-cukai baru yang belum pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW. Antaranya ialah kharaj (cukai tanah), 'usyur (cukai perniagaan) dan lain-lain.

2) Kaedah fiqh menyebutkan:

تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة

"Tindakan pemerintah terhadap rakyat adalah mengikut maslahat"

Maknanya setelah pemerintah mendapatkan nasihat daripada ahlul hal wal 'aqd (ahli syura, pakar-pakar, penasihat-penasihat yang jujur lagi amanah), maka pemerintah boleh kenakan cukai yang sewajarnya.[perlu rujukan]

3) Hadith yang dijadikan hujah oleh Mazhab Hanafi yang menolak keharusan cukai ke atas orang Islam itu tidak boleh diguna pakai kerana ramai ulama mendhaifkannya. Malah, ada yang menyatakan bahawa hadith tersebut dhaif jiddan. Berikut ialah sebahagian komentar para ulama terhadap hadith tersebut:

Imam Nawawi berkata dalam kitab Al-Majmu' bahawa hadith itu dhaif jiddan.[perlu rujukan]

Imam Zaila'i (ulama mazhab hanafi sndiri) kata hadith itu dhaif.

Imam Suyuti dalam Jami' Saghir kata dhaif.[perlu rujukan]

4) Alasan mengatakan bahawa Nabi SAW tidak pernah kenakan cukai terhadap orang Islam adalah tertolak. Hal ini kerana Saidina Umar sendiri yang telah mewujudkan cukai baru yang belum pernah wujud masa zaman Nabi SAW. Kalaulah perbuatan mengenakan cukai itu haram, mustahil Saidina Umar cipta cukai baru kerana Saidina Umar bukan orang biasa. Beliau ialah sahabat Nabi SAW yang agung, antara 10 orang yang dijamin syurga dan antara khulafa rasyidin yang Nabi SAW sendiri suruh ikut.[perlu rujukan]